1. Perancangan Strategik Islam: Pengamalan Usaha Perancangan Pembangunan Dalam Pendidikan Tinggi Di Malaysia
- Author
-
Syarifah Nurolazan Shaikh Ahmad, Nur Tasnim Ismail, and Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy
- Subjects
Perancangan Strategik Islam ,Elemen ,Pengamalan ,Usaha ,PSPTN ,Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. ,BP1-610 ,Islam ,BP1-253 - Abstract
Perbincangan mengenai perancangan strategik telah lama diperkatakan dalam sistem pentadbiran moden sejak tahun 1960 lagi. Namun masih belum terdapat perbincangan secara terperinci berkenaan perancangan strategik Islam. Oleh itu, kertas kerja ini akan mengemukakan beberapa elemen perancangan strategik Islam yang dianggap penting berdasarkan Al-Quran, sunah dan lipatan sejarah Islam. Hal ini berdasarkan keupayaan Islam dalam menyelesaikan segala permasalahan semasa merentasi benua Islam dan Eropah. Selain itu, kertas kerja ini juga akan menyentuh aspek pengamalan usaha perancangan pembangunan dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Dalam bidang pengajian tinggi, pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Nasional (PSPTN) yang bertujuan untuk mentransformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai hub kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Penekanan utama dari aspek amalan tersebut ditumpukan kepada elemen perancangan strategik Islam yang kurang diberi penekanan dalam proses pelaksanaannya. Elemen-elemen ini dilihat sebagai mekanisme ke arah perancangan pembangunan selari dengan tuntutan Islam.
- Published
- 2013
- Full Text
- View/download PDF