Back to Search Start Over

Validasi Kaedah Kromatografi Cecair Berprestasi Tinggi (HPLC) Jenis Penukar Ion dan Perbandingannya terhadap HPLC Jenis Fasa Berbalik bagi Penentuan Jumlah Homosisteina

Authors :
Balqis Kamarudin
Julaina Abdul Jalil
Nur Jannaim Muhamad
Norzahidah Khalid
Muhd Irfan Bukhari Ahmad Nazri
Nurul Adibah Rozali
Salina Abdul Rahman
R. Mohamed
Fatimah Diana Amin Nordin
Affandi Omar
Siti Rozilah Abdul Kadir
Source :
Sains Malaysiana. 50:1913-1920
Publication Year :
2021
Publisher :
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press), 2021.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menilai kemampuan kaedah penentuan jumlah homosisteina dalam plasma dengan menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi jenis penukar ion (HPLC-IEC) dan membandingkan kaedah ini dengan kit komersil yang menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi jenis fasa berbalik (HPLC-RPC). Validasi kaedah bagi penentuan jumlah homosisteina menggunakan HPLC-IEC telah dilakukan mengikut panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia. Sebanyak 57 sampel daripada pesakit yang dihantar untuk penentuan jumlah homosisteina telah diuji secara serentak untuk menentukan korelasi antara kedua kaedah tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa validasi kaedah ini telah memenuhi keperluan ISO MS 15189 dan kelinearan sehingga 500 µM dengan pekali penentuan, r2 ialah 0.999. Kepersisan yang dikaji pada aras normal (10 µM) dan aras berpenyakit/abnormal (60 µM) bagi kebolehulangan adalah masing-masing 3.2% dan 3.8% manakala bagi kebolehasilan semula masing-masing adalah 8.0% dan 8.3%. Had pengesanan dan had pengiraan yang diperoleh adalah 0.9274 dan 3.0912 µM. Keputusan ketepatan bagi kembalian semula adalah 92% dan bias adalah -8.6%. Perbandingan kaedah yang telah divalidasi dengan kit komersil menunjukkan hubungan korelasi yang kuat antara kedua-dua kaedah ini (y = 0.721x + 4.034; r = 0.978; p

Subjects

Subjects :
Multidisciplinary

Details

ISSN :
27350118 and 01266039
Volume :
50
Database :
OpenAIRE
Journal :
Sains Malaysiana
Accession number :
edsair.doi...........382da7099ab78e66ee6548d6590e1b30
Full Text :
https://doi.org/10.17576/jsm-2021-5007-07