Back to Search Start Over

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PEKERJA MENGIKUT PERSPEKTIF PEKERJA

Authors :
Maisarah Azman
Lai Wei Sieng
Source :
Journal of Business Management and Accounting. 11:87-107
Publication Year :
2021
Publisher :
UUM Press, Universiti Utara Malaysia, 2021.

Abstract

Prestasi organisasi bergantung sepenuhnya kepada prestasi kerja yang ditonjolkan oleh pekerja. Kegagalan organisasi untuk mengekalkan prestasi kerja yang baik membawa kepada masalah isu kadar pusing ganti pekerja yang tinggi yang seterusnya menjejaskan produktiviti syarikat dan ekonomi negara. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kerja dalam kalangan penjawat awam dan swasta di kawasan sekitar Lembah Klang. Data primer diperoleh melalui soal selidik dengan sejumlah 139 responden yang terlibat dalam kajian ini. Analisis faktor digunakan untuk menganalisis data yang sekadar diperoleh. Hasil kajian mendapati pekerja berpendapat bahawa ketiga-tiga faktor, iaitu motivasi, persekitaran tempat kerja serta latihan dan pembangunan mempengaruhi prestasi kerja. Pihak organisasi perlu mengutamakan keperluan motivasi intrinsik kepada pekerja dan menetapkan matlamat latihan yang dijalankan dengan jelas untuk meningkatkan prestasi kerja.

Subjects

Subjects :
General Medicine

Details

ISSN :
26369249 and 22319298
Volume :
11
Database :
OpenAIRE
Journal :
Journal of Business Management and Accounting
Accession number :
edsair.doi.dedup.....0c40a00e0d975911c2bffeef63432a15
Full Text :
https://doi.org/10.32890/jbma2021.11.1.5