Back to Search Start Over

Analisis Padanan Kata Kerja Berapitan MeN-...-i dalam Kamus Umum Bahasa Melayu-Cina Serba Baru

Authors :
Goh Sang Seong
Lee Pin Ling
Source :
Jurnal Bahasa, Vol 23, Iss 2, Pp 313-340 (2023)
Publication Year :
2023
Publisher :
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2023.

Abstract

Makalah ini membandingkan kata kerja berapitan meN-...-i dan padanannya dalam bahasa Cina dari segi makna dan bentuknya. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meninjau perbezaan kata kerja berapitan meN-...-i dan padanannya, serta masalah penggunaan kamus disebabkan oleh perbezaan tersebut. Kamus dwibahasa yang dijadikan sebagai sumber data kajian ialah Kamus Umum Bahasa Melayu-Cina Serba Baru (2015). Kajian ini memanfaatkan kaedah analisis bandingan interlingual Johansson (2008), Teori Hartmann (2001) tentang perkamusan, serta pendekatan Nik Safiah et al. (2015) tentang kata kerja dan imbuhan. Hasil analisis bandingan interlingual kata kerja berapitan meN-...-i dan padanannya dalam bahasa Cina menunjukkan bahawa perbezaan yang paling ketara ialah kata kerja berapitan meN-...-i mempunyai perubahan bentuk dan pengimbuhan, tetapi hal ini tidak berlaku pada padanannya. Perbezaan tersebut menimbulkan masalah dari aspek penggunaan kamus, khususnya dari segi pemahaman tentang fungsi transitif dan makna tatabahasa yang didukung oleh apitan meN-...-i, serta jenis objek yang diterimaoleh kata kerja berapitan meN-...-i. Dapatan kajian ini turut menunjukkan bahawa penyediaan padanan kata kerja berapitan meN-...-i dalam kamus Melayu-Cina melibatkan pemindahan maklumat yang meliputi makna kata akar, fungsi transitif, makna tatabahasa imbuhan, dan jenis objek yang diterima oleh kata kerja berapitan meN-...-i. Antara maklumat tersebut, fungsi transitif dan makna tatabahasa meN-...-i merupakan aspek yang paling penting untuk menghasilkan terjemahan yang berkesan dalam kamus Melayu-Cina.

Details

Language :
Malay
ISSN :
15119084 and 24621889
Volume :
23
Issue :
2
Database :
Directory of Open Access Journals
Journal :
Jurnal Bahasa
Publication Type :
Academic Journal
Accession number :
edsdoj.517fa470a29e4e67ad151c3a973923b9
Document Type :
article
Full Text :
https://doi.org/10.37052/jb23(2)no5