Back to Search Start Over

Perbandingan Kata Kerja Berimbuhan meN- Bahasa Melayu dan Padanannya dalam Bahasa Cina

Authors :
Lee Pin Ling
Goh Sang Seong
Source :
Jurnal Bahasa, Vol 20, Iss 1, Pp 21-48 (2020)
Publication Year :
2020
Publisher :
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2020.

Abstract

Makalah ini mencerakin dan membandingkan persamaan dan perbezaan kata kerja berimbuhan meN- dan padanannya dalam bahasa Cina. Kamus dwibahasa yang dijadikan korpus kajian ialah Kamus Umum Bahasa Melayu-Cina Serba Baru (2015). Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau aspek bandingan linguistik bagi kata kerja berimbuhan meN- dan padanannya dalam bahasa Cina untuk mengetahui aspek perbezaan dan persamaan kedua-dua bahasa tersebut mengganggu pemahaman dan pemerolehan bahasa Melayu oleh pengguna kamus, sekali gus menawarkan rujukan bagi penyediaan padanan dalam kamus dwibahasa Melayu-Cina. Kajian ini memanfaatkan teori bandingan interlingual, teori Hartmann tentang leksikografi, serta pendekatan Nik Safiah dan rakan-rakan tentang kata kerja dan imbuhan. Bandingan interlingual bagi kata kerja berimbuhan meN- dan padanannya dalam bahasa Cina menunjukkan bahawa kata kerja berimbuhan meN- dalam bahasa Melayu dan padanannya dalam bahasa Cina mempunyai persamaan dan perbezaan dari segi tatabahasa. Perbezaan yang paling ketara antara kata kerja berimbuhan meN- dan padanannya dalam bahasa Cina ialah kata kerja dalam bahasa Melayu mempunyai pengimbuhan dan perubahan bentuk tetapi hal ini tidak berlaku dalam kata kerja bahasa Cina. Kesedaran tentang perbezaan ini amat penting bagi penyusunan kamus dwibahasa Melayu-Cina bagi membantu pengguna kamus, bukan sahaja memahami, malahan berupaya untuk membandingkan makna dan penggunaan kata terbitan yang berlainan bagi kata kerja berimbuhan meN-

Details

Language :
Malay
ISSN :
15119084 and 24621889
Volume :
20
Issue :
1
Database :
Directory of Open Access Journals
Journal :
Jurnal Bahasa
Publication Type :
Academic Journal
Accession number :
edsdoj.6b080f401c2348348e139a43c5214503
Document Type :
article
Full Text :
https://doi.org/10.37052/jb.20(1)no2